24/04/2011

Peralatan Tambahan

Lens.

Terdapat pelbagai jenis dan jenama lesn yang dapat kita beli di kedai dan juga e-bay, semua bergantung pada kewangan kita. Setiap lens ada tujuan masing-masing, dari telefoto hinga lah ke macro.

18/04/2011

Yang Mana satu Pilihan Kalbu

Tak tahu yang mana satu nak dipilih, model apa dan jenama apa yang terbaik semua itu persoalan yang sering bermain di minda kita bila kali pertama ingin membeli Dslr. Macam tu lah perasaan yang mula-mula aku hadapi ketika ingin membeli Dslr pertama aku. Dari Canon,Nikon bawa la ke  Sony semua berkenan, rambang mata dibuatnya. Tiada bahan rujukan dan rujukan dari pakar membuatkan kita jadi buntu untuk memilih jenama dan model apa.

Dah ada masalah dengan jenama dan model apa yang ingin dibeli datang pula persoalan lens apa yang harus dimiliki. Tapi kini banyak Dslr didatangkan dengan lens standard iaitu 18-55mm. Kita tinggal masalah lens dulu, kita teruskan dengan masalah utama model apa yang sesuai dimiliki.

Sebenarnya ia bergantung kepada setiap individu untuk memiliki jenama Dslr mereka. Ia bergantung pada modal yang sanggup kita keluarkan dan kekerapan kita guna Dslr itu sendiri. Kalau beli jenama dan model yang mahal tetapi jarang guna, kan ke merugikan. Model pula ada yang untuk amatur dan ada yang untuk pro, jadi pilihla tahap terkini kita. Tidak semestinya Dslr yang mahal akan menjamin gambar yang berkualiti, ia bergantung pada kecekapan kita mengendalikannya.

Jadi pilihan ditangan kita sendiri. Disini aku link kan web yang dapat membantu kita memilih Dslr pertama kita. buat lah pilihan yang terbaik mengikut kemampuan kita. Jangan lupa tripot dan beg untuk membawa Dslr. sekian dari aku.

--> http://snapsort.com/compare

16/04/2011

Dimana ada kemahuan disitu ada jalan.

Kata orang tua-tua melentur buluh biarlah dari rebungnya,Jadi bila dah jadi buluh tak boleh ke nak lentur?? semestinya boleh.Ini semua bergantung pada kemahuan setiap individu.Dan setiap pembelajaran mesti ada Tok Gurunya. Sama la juga dengan Photographer ni, mesti ada guru tak kira secara langsung mahupun tidak langsung.

Pembelajaran secara langsung bermaksud mereka-mereka yang memang mengambil kursus Photographer di IPT-IPT atau kursus-kursus anjuran sesuatu badan mahupun syarikat.Senang cakap yang telah diberi pendedahan secara langsung oleh pakar dalam bab photographer ni. Jadi secara automatik tenaga pengajar mereka ini telah menjadi guru secara langsung.

Secara tidak langsung pula bagi  mereka-mereka yang tak berkesempatan mengambil sebarang kursus photographer ni, buku-buku rujukan dan laman-laman web yang berkaitan dengan photographer telah banyak cuma tinggal nak cari sahaja.Jadi tiada alasan untuk tidak menjadi photographer yang baik. Apa-apa pun " LATIHAN MENJANJIKAN KESEMPURNAAN "

Sebagai permulaan aku dah pautkan laman-laman web yang mungkin dapat membantu kita semua menjadi photographer yang berkaliber.

14/04/2011

Pemandangan di sawah padi



Gambar ni aku ambil sewaktu di Sawah Sempadan ,Tanjong Karang dalam pukul 6.00pm.Tempat dia memang cantik (time padi menghijau dan menguning la). Ramai jugak photographer dari luar Malaysia yang datang ambil gambar sawah ni. Jadi pada yang suka ambil gambar 'nature' aku syor kan datang sini. Dekat dengan sawah ni pula ada sungai 'Ban Canel' orang kampung panggil, ada juga hidupan liar dekat situ yang tak sempat aku 'capture' gambarnya ,Ikan pun banyak jugak.

Pembuka Kata

Alhamdulillah.berkat dengan usaha dan kemahuan aku kini telah mempunyai blog sendiri. Disini akan aku bercerita melalui gambar . Harap korang semua berpuas hati. Segala komen korang bermakna buat aku.Harap dapat memberi komen yang membina.