Tak tahu yang mana satu nak dipilih, model apa dan jenama apa yang terbaik semua itu persoalan yang sering bermain di minda kita bila kali pertama ingin membeli Dslr. Macam tu lah perasaan yang mula-mula aku hadapi ketika ingin membeli Dslr pertama aku. Dari Canon,Nikon bawa la ke Sony semua berkenan, rambang mata dibuatnya. Tiada bahan rujukan dan rujukan dari pakar membuatkan kita jadi buntu untuk memilih jenama dan model apa.
Dah ada masalah dengan jenama dan model apa yang ingin dibeli datang pula persoalan lens apa yang harus dimiliki. Tapi kini banyak Dslr didatangkan dengan lens standard iaitu 18-55mm. Kita tinggal masalah lens dulu, kita teruskan dengan masalah utama model apa yang sesuai dimiliki.
Sebenarnya ia bergantung kepada setiap individu untuk memiliki jenama Dslr mereka. Ia bergantung pada modal yang sanggup kita keluarkan dan kekerapan kita guna Dslr itu sendiri. Kalau beli jenama dan model yang mahal tetapi jarang guna, kan ke merugikan. Model pula ada yang untuk amatur dan ada yang untuk pro, jadi pilihla tahap terkini kita. Tidak semestinya Dslr yang mahal akan menjamin gambar yang berkualiti, ia bergantung pada kecekapan kita mengendalikannya.
--> http://snapsort.com/compare

menukar dari satu brand ke satu brand yang lain tu maybe letak priority terakhir kot..baik beli dlm production line yg sama...cadangan sahaja...
ReplyDeleteterima kasih kerna memberi pendapat.
ReplyDelete