Kata orang tua-tua melentur buluh biarlah dari rebungnya,Jadi bila dah jadi buluh tak boleh ke nak lentur?? semestinya boleh.Ini semua bergantung pada kemahuan setiap individu.Dan setiap pembelajaran mesti ada Tok Gurunya. Sama la juga dengan Photographer ni, mesti ada guru tak kira secara langsung mahupun tidak langsung.
Pembelajaran secara langsung bermaksud mereka-mereka yang memang mengambil kursus Photographer di IPT-IPT atau kursus-kursus anjuran sesuatu badan mahupun syarikat.Senang cakap yang telah diberi pendedahan secara langsung oleh pakar dalam bab photographer ni. Jadi secara automatik tenaga pengajar mereka ini telah menjadi guru secara langsung.
Secara tidak langsung pula bagi mereka-mereka yang tak berkesempatan mengambil sebarang kursus photographer ni, buku-buku rujukan dan laman-laman web yang berkaitan dengan photographer telah banyak cuma tinggal nak cari sahaja.Jadi tiada alasan untuk tidak menjadi photographer yang baik. Apa-apa pun " LATIHAN MENJANJIKAN KESEMPURNAAN "
Sebagai permulaan aku dah pautkan laman-laman web yang mungkin dapat membantu kita semua menjadi photographer yang berkaliber.
Sebagai permulaan aku dah pautkan laman-laman web yang mungkin dapat membantu kita semua menjadi photographer yang berkaliber.
No comments:
Post a Comment